the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OKU rentung, 90 penghuni selamat dalam kebakaran rumah setinggan Tatau

Seorang lelaki OKU maut rentung manakala lebih 90 penghuni terselamat dalam kebakaran yang musnahkan 30 rumah setinggan di Tatau, Bintulu.

TATAU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung manakala lebih 90 penghuni terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan 30 rumah setinggan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sangan Iban di sini.

Mangsa dikenali sebagai Geruna Enchana, 22, ditemukan di lokasi kejadian pada jam 2.36 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Sebanyak 30 rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah lagi berjaya diselamatkan daripada dijilat api.

Lokasi kebakaran yang terletak di seberang sungai itu tidak mempunyai akses jalan raya.

Pihak bomba terpaksa memindahkan peralatan pemadaman menggunakan perahu penduduk kampung untuk menyeberangi sungai.

Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari sungai berhampiran sehingga kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Pihak bomba juga berjaya menyelamatkan sekolah berhampiran daripada terjejas dalam kejadian itu. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings