the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi cari kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas diteruskan pagi ini

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain air di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim disambung semula 8 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata operasi hari ini tertumpu di kawasan dalam radius 100 meter dari lokasi kejadian, menggunakan bantuan unit K9 dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Beliau berkata operasi hari kedua diteruskan dengan pencarian di permukaan air serta rondaan oleh lapan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga orang awam.

“Kita sambung semula operasi yang terhenti pukul 2 pagi tadi. Keadaan air sungai pagi ini agak surut, jadi kita gunakan teknik pencarian ‘surface searching’ dahulu untuk pencarian mangsa.

“Selain bantuan anggota PPDA, kita juga menggerakkan unit K9 untuk mencari di lokasi-lokasi yang disyaki,“ katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Rozizah berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan pokok-pokok di bawah permukaan air yang terlalu banyak menjadi halangan, di samping menyukarkan pencarian mangsa oleh pasukan penyelamat, dan pencarian dengan teknik selaman akan dimulakan sebaik sahaja cuaca bertambah baik.

“Halangan kita sekarang ialah cuaca yang sekejap-sekejap hujan. Kita tunggu hujan berhenti untuk memulakan pencarian menggunakan teknik selaman,“ katanya.

Semalam pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan Muhammad Harraz Ilman pada 4.46 petang.

Menurut saksi kejadian berlaku semasa kanak-kanak itu bersama adik lelakinya, Muhammas Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakan bermain air di lokasi sejurus selepas waktu Asar.

Muhammad Firas Wafiy dan rakannya berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings