the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu e-panggilan didakwa memandu secara berbahaya hampir langgar pejalan kaki

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-panggilan yang tular kerana hampir merempuh pejalan kaki telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Chew Tiong Han, 46 tahun, didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam di Jalan Sultan Hishamuddin pada 6.30 petang, 23 September lepas.

Tuduhan tersebut dibawa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Butir-butir sabitan juga akan diendorskan pada lesen memandu tertuduh dengan hilang kelayakan memandu tidak kurang lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib memohon jaminan RM8,000 terhadap tertuduh.

Peguam Gursharonjit Kaur merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung anak serta bapa yang menghidap penyakit jantung.

Majistret Khairunnisak Hassni menetapkan sebutan kes pada 18 November ini.

Mahkamah membenarkan Chew diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, video kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lepas telah tular melalui aplikasi TikTok.

Rakaman berdurasi 32 saat itu memaparkan kereta terbabit yang berada di lorong kanan dilihat hampir melanggar seorang pejalan kaki wanita.

Kejadian tersebut menyebabkan barang yang dibawa oleh pejalan kaki itu terjatuh.

Difahamkan wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings