the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan ikat jamin pasangan didakwa bekal senjata api kepada warga Israel ditolak

KUALA SELANGOR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lepas.

Hakim Ahmad Faizadh Yahya membuat keputusan untuk menolak permohonan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43, selepas merujuk kepada prinsip Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi berkaitan dua kes membabitkan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 sebelum ini.

“Selain itu, tiada sebarang keadaan istimewa dikemukakan oleh pihak pembelaan bagi permohonan jaminan berkenaan. Justeru, mahkamah menolaknya,“ katanya yang menetapkan 29 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim berhujah bahawa kesalahan kedua-dua tertuduh tidak boleh jamin.

“Ia antaranya bagi mengelakkan tertuduh melakukan kesalahan lebih berat ketika proses perbicaraan kes masih dijalankan dan turut dikhuatiri mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Peguam Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili Sharifah Faraha pula berkata mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan jaminan itu.

Pada 8 April lepas, Sharifah Faraha mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 8 malam 29 Mac lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula didakwa ada bersama Sharifah Faraha dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia tahu isterinya memiliki senjata api itu pada lokasi, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9 akta sama yang memperuntuk hukuman serupa jika disabitkan kesalahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings