the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis ambil keterangan sembilan individu kes murid terjatuh lubang kumbahan

SEREMBAN: Polis telah mengambil keterangan sembilan individu setakat ini berhubung tragedi seorang murid terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai dua hari lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad (gambar) berkata mereka yang dirakam keterangan termasuk pengadu kes, guru dan pelajar sekolah terbabit.

Beliau menyatakan polis akan merakam empat keterangan lagi hari ini membabitkan pihak Jabatan Kerja Raya, Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Alzafny menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan.

Beliau juga berkata semakan mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

Sabtu lepas, murid tahun tiga Abdul Fatah Khairol Rizal meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasat secara terperinci tragedi itu.

Beliau berkata laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan segera untuk tindakan lanjut.

Laporan itu juga bertujuan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings