the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis teliti kewangan syarikat dikaitkan kes pemerdagangan manusia di Myanmar – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menganalisis kedudukan kewangan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata penelitian itu dibuat susulan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai syarikat tersebut serta beberapa individu dikaitkan dengannya, yang termasuk seorang bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli perniagaan.

“Pihak polis juga sedang membuat semakan senarai penerbangan dilakukan individu berkenaan bagi melihat pergerakannya ke luar negara, khususnya ke Myanmar sejak 2019,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razarudin berkata polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu sejak dua hari lepas.

“Kita juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pengarang yang menerbitkan laporan ‘Justice For Myanmar’ untuk dirakam percakapannya secara dalam talian, berkenaan isi kandungan artikel yang diterbitkan,” katanya dan menambah polis juga sedang mengesan dua lagi ahli perniagaan dari China bagi membantu siasatan.

Selasa lepas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar, dan Razarudin sebelum itu dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa penulis artikel dari Indonesia dan seorang lelaki bergelar Datuk Seri untuk diambil keterangan berhubung kes itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings