the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas–Petros secara rundingan – PMO

KUALA LUMPUR: Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kesepakatan tersebut dicapai menerusi pertemuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut disertai oleh kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya.

“Perdana Menteri serta Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros,“ katanya dalam satu kenyataan hari Jumaat (Mei 9).

PMO berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

Langkah mencapai kesepakatan itu penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,“ katanya.

Menurut kenyataan tersebut, Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga telah mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings