the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM17.9 bilion pelaburan dari China diluluskan dalam sektor perkilangan – MITI

KUALA LUMPUR: Pelaburan bernilai RM17.9 bilion dari China telah diluluskan dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh 2023 hingga separuh pertama 2024.

Pelaburan itu melibatkan 110 projek yang diluluskan dan akan menjana 14,343 peluang pekerjaan baharu.

“Daripada jumlah tersebut, 54 projek (49.1 peratus) dengan pelaburan RM3.8 bilion telah direalisasikan, mewujudkan 5,303 pekerjaan.

“Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan memandangkan pelaksanaan projek perkilangan yang diluluskan lazimnya mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan, bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa,” menurut MITI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MITI menjelaskan sedemikian bagi menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta MITI memaklumkan jumlah pelaburan yang telah direalisasikan setakat ini daripada anggaran pelaburan RM170 bilion dalam misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke China pada tahun lepas, serta butiran pelaburan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings