the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SCO perlu jadi model pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus Global – Xi Jinping

TIANJIN: Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) harus memainkan peranan sebagai peneraju dan model dalam melaksanakan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI).

Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika berucap pada Mesyuarat ‘SCO Plus’ yang dipengerusikannya di Pusat Pameran dan Konvensyen Meijiang.

Xi berkata prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga perlu terus dijunjung.

Usaha juga harus dipergiat bagi membina komuniti keselamatan bersama di rantau ini, sekali gus menjadi pemacu kestabilan dunia.

Pemimpin itu turut mengumumkan penubuhan tiga platform utama bagi kerjasama China-SCO dalam bidang tenaga, perindustrian hijau dan ekonomi digital.

Tiga pusat kolaborasi akan dibangunkan membabitkan inovasi teknologi, pendidikan tinggi serta pendidikan vokasional dan teknikal.

China bersedia membangunkan pusat kerjasama pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) bersama negara anggota lain dan berkongsi hasil kemajuan yang dicapai dalam bidang itu.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan semua untuk menggunakan Sistem Navigasi Satelit Beidou dan mengambil bahagian dalam projek Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, China menyasarkan untuk merawat seramai 500 pesakit yang mengalami kecacatan jantung kongenital (CHD).

China juga akan melaksanakan 5,000 pembedahan katarak mata, dan menjalankan 10,000 saringan kanser untuk negara anggota SCO.

Xi turut menegaskan sokongan China kepada SCO untuk memperluas kerjasama dengan mekanisme pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN dan Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA).

China akan bersama-sama menjaga orde dagangan antarabangsa dan membaiki tadbir urus global dan serantau. – Bernama, CMG

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings