the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang lagi suspek kes culik remaja di Seremban direman

SEREMBAN: Seorang lagi suspek direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta pada 10 April lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata perintah reman terhadap wanita berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran, pagi ini.

Beliau berkata suspek ditahan pada 12.55 tengah hari semalam di Cheras, Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Media sebelum ini melaporkan seorang suspek kes culik remaja perempuan di Seremban pada 10 April lepas ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Susulan itu, enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula 14 April lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings