the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM reman wanita bantu siasatan kes rasuah gelaran Datuk Seri

MELAKA: Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek ditahan pada 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka

“Suspek disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket,“ katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang terlibat, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, serta hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh SPRM di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings