the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Subsidi bersasar bagi petroleum RON95 serta pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang pada 10 pagi.

Pada sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah penyelesaian kerajaan dalam kes Duta Enclave di Mukim Batu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pemulangan semula 106.54 hektar tanah di Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh kerajaan Persekutuan kepada Semantan Estate Sdn Bhd.

Turut menarik perhatian soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) berhubung rancangan kerajaan menaik taraf dan menyelenggara utiliti bawah tanah di ibu negara dan bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengutamakan keselamatan serta kecekapan dalam projek penyelenggaraan bawah tanah pada sesi soal jawab lisan.

Usai sesi itu, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada 18 Okt lepas.

Setakat ini, 105 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan Bebas telah mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada Rabu dan Khamis ini berikutan sambutan Deepavali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings