the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukan SEA: Malaysia gagal ke akhir berpasukan wanita selepas tewas tipis kepada Indonesia

Malaysia hampir mara ke final badminton wanita Sukan SEA 2025 tetapi tewas 2-3 kepada Indonesia

BANGKOK: Malaysia hampir menamatkan penantian lapan tahun untuk mara ke akhir badminton berpasukan wanita sebelum tewas 2-3 kepada Indonesia pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2025 di Pathum Thani, Thailand hari ini.

Pemain nombor 76 dunia Mutiara Ayu Puspitasari menghadiahkan mata kemenangan Indonesia dalam perlawanan kelima dengan menewaskan Siti Zulaikha Muhammad Azmi 21-18, 21-16 di Gimnasium 4, Universiti Thammasat, Kampus Rangsit.

Ketua jurulatih perseorangan wanita negara Iskandar Zulkarnain berkata Siti Zulaikha yang berada di ranking ke-91 dunia, bergelut untuk mengekalkan fokus dan kekuatan selepas rehat sebelum set kedua walaupun memulakan permainan dengan baik.

“Saya rasa fokus Siti Zulaikha sedikit menurun (selepas rehat) dan beliau tidak dapat mengekalkan kekuatan tangan untuk mengembalikan bulu tangkis,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Malaysia sebelum itu bermula perlahan apabila pemain perseorangan pertama, K. Letshanaa tewas kepada Putri Kusuma Wardani yang menghadiahkan mata pembukaan kepada Indonesia dengan kemenangan bergaya 21-9, 21-10 dalam tempoh 34 minit.

Skuad negara kembali menyamakan kedudukan menerusi beregu nombor dua dunia Pearly Tan-M. Thinaah yang menewaskan gandingan ranking ke-58 dunia Rachel Allessya Rose–Febi Setianingrum dengan kemenangan 21-14, 17-21, 21-16.

Pemain perseorangan kedua negara yang berada di ranking ke-44 dunia Wong Ling Ching mencatatkan kejutan terbesar menumpaskan pemain nombor 10 dunia Gregoria Mariska Tunjung 22-20, 15-21, 21-16 dalam pertarungan selama 66 minit sekali gus menjadikan kedudukan 2-1.

Ling Ching yang mengalami selesema sejak beberapa hari lepas, mengakui tidak menjangkakan keputusan itu dalam pertemuan pertama mereka.

“Saya tahu dia pemain yang baik dan berpengalaman, malah saya jangka akan kalah, tetapi pada akhirnya gembira kerana kemenangan berpihak kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, Indonesia memaksa aksi ditentukan dalam perlawanan penentuan apabila pasangan nombor 59 dunia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari menewaskan kombinasi sementara Go Pei Kee-Toh Ee Wei dengan keputusan 21-10, 21-9 sebelum Mutiara mengesahkan kemenangan keseluruhan.

Indonesia akan berdepan juara bertahan Thailand di perlawanan akhir untuk edisi keempat berturut-turut selepas tuan rumah menumpaskan Singapura 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Keputusan hari ini bermakna Malaysia secara tidak rasmi berkongsi pingat gangsa dengan Singapura dalam acara beregu wanita.

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung secara rasmi dari 9 hingga 20 Dis di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alt-R&B artiste Sailorr drops deluxe edition of debut album

Amid her ongoing run supporting Doja Cat on her headline Tour Ma Vie, Vietnamese-American alt-R&B artiste Sailorr has shared From Florida's Finest Delu/XXX [For My Delusional Ex], the deluxe edition of her acclaimed debut project From Florida's Finest, which debuted at number two on the Apple R&B charts and entered the Billboard R&B Albums chart in the Top 15. The deluxe edition arrives with four new tracks and is out now via BuVision/10K Projects.

Family of businessman who died in lockup awarded RM1.1 million

The Shah Alam High Court has awarded RM1.1 million in damages to the family of a businessman who died in police custody in 2018, after a court found authorities negligent.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories