the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah jerlus: Pasukan SAR kekal komited di hari kelima, fokus pencarian di loji kumbahan – DBKL

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India ditangguhkan sementara pada 7.30 petang ini, susulan cuaca hujan lebat di kawasan kejadian iaitu di Jalan Masjid India di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan malam ini memaklumkan operasi SAR hari ini, memfokuskan kerja pencarian di kawasan terakhir lurang kumbahan iaitu loji kumbahan di Pantai Dalam.

“Hasil daripada pencarian tersebut adalah negatif.

“Pasukan SAR juga sedang dalam tindakan memecahkan dinding (atas) lurang di lokasi kejadian untuk mendapatkan kebolehlihatan yang lebih jelas di dalam lurang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan SAR turut menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di kawasan sekitar Masjid India, bagi menilai keadaan tanah.

Selain itu, kaedah GPR turut dilaksanakan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di sekitar kawasan lubang benam.

“Kerja-kerja survei oleh JMG bermula dari pintu gerbang Masjid India ke hadapan kawasan masjid di mana liputan survei adalah 65 meter.

“Kerja-kerja tersebut akan bersambung pada esok hari,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings