the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut ketika tukar tayar pancit

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas maut ketika berhenti untuk menukar tayar keretanya yang pancit dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari itu mangsa maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di belakang keretanya selepas sebuah bas merempuh pacuan empat roda berkenaan.

“Mangsa warga tempatan berusia 65 tahun itu sedang mengambil tayar ganti di but belakang keretanya manakala kenderaan pacuan empat roda berkenaan berhenti untuk membantu mangsa.

“Kemalangan ini mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari sebuah hospital di ibu negara dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings