the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rugi RM300,651 terpedaya pelaburan saham palsu di Facebook

Seorang warga emas berusia 62 tahun kerugian RM300,651 selepas terpedaya skim pelaburan saham tidak wujud yang dipromosikan di Facebook

IPOH: Polis mengesahkan seorang lelaki warga emas kerugian RM300,651 selepas terpedaya sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata mangsa berusia 62 tahun dan tidak bekerja itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa terlihat satu iklan pelaburan saham di laman Facebook pada awal Oktober lalu.

Mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Pengadu seterusnya berminat dan telah melakukan 14 kali transaksi berjumlah keseluruhan RM300,651 ke satu akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat,” kata Noor Hisam.

Beliau berkata wang itu adalah hasil simpanan mangsa dan juga pinjaman daripada syarikat pemberi pinjaman wang.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings