the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

48 individu ditahan ceroboh tanah kerajaan Musang King

KUANTAN: Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang ‘Ops Sekat’ rmula 30 April lalu sehingga hari ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 67 tahun itu melibatkan 24 warga tempatan dan Orang Asli serta 24 pekerja warga asing iaitu 12 warga Indonesia, Myanmar (7), Bangladesh (2) serta tiga warga Nepal.

Katanya tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan selain dirujuk dan disiasat oleh agensi lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan Pejabat Hutan daerah berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas tangkapan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing menceroboh tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) untuk memungut hasil durian pada Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

“Operasi akan diteruskan untuk mengelakkan mereka daripada terus menceroboh. Nampaknya musim buah mereka mula ambil tindakan sendiri untuk masuk. Kita menguatkuasakan perintah mahkamah untuk melarang sebab mahkamah telah mengesahkan tanah itu milik kerajaan negeri,” katanya.

Kesemua tangkapan baharu itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis setelah proses dokumentasi selesai.

Pada Julai lepas, seramai 131 pekebun durian Musang King dari Raub gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran mengakses kebun durian yang diusahakan mereka sementara menunggu keputusan rayuan terhadap perintah pengusiran.

Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pekebun itu untuk mengubah perintah hakim yang tidak membenarkan mereka memasuki kebun bagi menyelenggara dan mengusahakan pokok durian mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings