the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Akademi Sepak Takraw Malaysia dijangka perkasa bakat, ekonomi persatuan

KOTA BHARU: Penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat sukan itu serta membuka laluan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjana sumber pendapatan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Atlet di bawah Biro Pembangunan Sepak Takraw PSM Prof Dr Mohad Anizu Mohd Nor berkata peruntukan RM6 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membolehkan akademi itu dilengkapi fasiliti seperti pusat latihan, lokasi perlawanan rasmi, pejabat pentadbiran dan juga asrama.

Beliau berkata kemudahan yang lengkap ini juga membolehkan PSM menarik kerjasama antarabangsa untuk promosi dan latihan.

“Secara tidak langsung, ia membuka peluang kepada PSM untuk menjana pendapatan melalui program latihan dan penganjuran pertandingan,” katanya kepada Bernama.

Mohad Anizu berkata akademi itu juga dijangka memperkukuh semula status sukan sepak takraw yang berpotensi disenaraikan semula sebagai sukan teras negara, selepas dimansuhkan pada 2017.

“Penjenamaan semula PSM turut dipertimbangkan supaya akademi ini kekal relevan sebagai pusat latihan rasmi sepak takraw negara,” katanya.

Semalam, Kerajaan MADANI bersetuju untuk menyegerakan kelulusan peruntukan bagi penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia supaya ia dapat direalisasikan menjelang hujung tahun ini.

Anwar dilapor berkata kerajaan akan memastikan cadangan penubuhan akademi berkenaan menjad

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories