the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aliran trafik di lebuh raya lancar pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi.

“Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku. Begitu juga bagi laluan keluar dari Lembah Klang,” katanya.

Menurut jurucakap itu trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak sebarang kesesakan teruk.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings