the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tinjau SM Sains Alam Shah, lokasi kebakaran semalam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau lokasi bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras yang musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa lepas.

Anwar tiba kira-kira pukul 2.25 petang dan diberi taklimat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung laporan kejadian.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri turut melawat tapak cadangan pembinaan bilik guru sementara serta beramah mesra dengan para pelajar dan warga pendidik sekolah berkenaan, sebelum beredar meninggalkan sekolah itu pada 2.45 petang.

Selasa lepas Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 4.15 pagi.

Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan yang antara lain menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain musnah dalam kebakaran, namun tiada mangsa terlibat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings