the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat

IPOH: Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan lebat yang bermula kira-kira 4 petang itu menyebabkan air Sungai Pinji mengalir laju dan pam air tidak berfungsi dengan baik di Jalan Salak, Kampung Sungai Rokam.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan kejadian itu mengakibatkan bahagian hadapan lima buah rumah berdekatan sungai berkenaan dinaiki air.

“Penduduk mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan ke tempat yang tinggi dan selamat,“ menurut kenyataan itu.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan paras Sungai Pinji semakin surut dan keadaan banjir terkawal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata kira-kira lapan buah rumah di Persiaran Cempaka Sari 11, Taman Cempaka dinaiki air akibat banjir kilat.

Beliau berkata hujan yang bermula kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan ketinggian air sekitar 0.6 meter (2 kaki).

Sabarodzi berkata keadaan terkawal pada 5.53 petang dan air semakin surut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories