the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BNM minta dua bank beri penjelasan punca gangguan perkhidmatan perbankan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah meminta dua bank yang mengalami gangguan perkhidmatan baru-baru ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan.

Bank pusat dalam kenyataan malam ini berkata kedua-dua bank juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.

Menurutnya BNM memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan.

“Perkhidmatan perbankan kedua-dua bank ini telah kembali pulih.

“Bank-bank ini juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas,” katanya.

Bank pusat berkata ia menghendaki semua institusi perbankan untuk memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa.

“BNM akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan BNM,” katanya.

Pada 4.14 petang 8 April, CIMB Group Holdings Bhd menerusi hantaran dalam akaun X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) berkata bank itu mengalami gangguan perkhidmatan berkala melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Terminal Kredit dan Layan Diri.

Pada 7.10 malam hari yang sama, bank itu mengumumkan semua perkhidmatannya telah pulih.

Sementara itu, Malayan Banking Bhd (Maybank) dalam akaun Xnya hari ini memaklumkan ia mengalami gangguan yang menjejaskan perkhidmatan kad debit, perbankan dalam talian dan ATM sekitar 9.20 malam 5 April.

Maybank berkata perkhidmatan yang terjejas itu kembali beroperasi seperti biasa secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 11.34 malam hari yang sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings