the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dari Kampung Dakoh, Pos Balar untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizzan Jefri berkata pesakit Hisyam Roday, 2, mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

“Pesakit yang diiringi kedua ibu bapa dibawa menaiki pesawat Agusta Westland (AW) 139 pada 1.35 tengah hari dari Kampung Dakoh dan tiba pada 1.48 tengah hari di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings