PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen “Cashless Boleh” dan Sijil Pengiktirafan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pencapaian 100% e-Pembayaran tahun 2021 bertempat di Dewan Auditorium Kementerian Kewangan hari ini.

Kempen melibatkan sejumlah 14 agensi kerajaan dan telah berlangsung dari 1 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Kempen yang menawarkan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah kepada para pembayar yang membuat pembayaran menggunakan mana-mana kaedah pembayaran tanpa tunai sama ada secara kad ATM MyDebit, FPX, JomPAY atau DirectDebit di agensi-agensi yang mengambil bahagian.

Kempen ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-pembayaran ataupun tanpa tunai di kalangan orang awam, sebagai kaedah pembayaran utama di negara kita.

Selain itu, kempen ini turut membantu migrasi Agensi Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke arah mencapai kutipan pembayaran 100% tanpa tunai.

Mohd Shahar berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan aspirasi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDigital yang menggariskan pelbagai strategi untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital yang berdaya saing termasuklah transformasi kepada “cashless society”.

Tambahnya, dengan kadar internet penetration setiap isirumah yang kini melebihi 90% dan dijangka akan terus meningkat dengan pelaksanaan inisiatif MyJendala, usaha-usaha mendigitaliasikan perkhidmatan Kerajaan serta pelaksanaan pembayaran secara dalam talian seharusnya seiring dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta.

Agensi-agensi kerajaan perlu terus inovatif dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan teknologi yang terkini.

Susulan daripada kempen ‘Cashless Boleh’ yang memberangsangkan, PayNet sekali berhasrat untuk menganjurkan edisi baharu kempen ‘Cashless Boleh’ yang dijangka akan berlangsung selama enam (6) bulan bermula dari Disember 2021 dengan pelbagai hadiah menarik menanti pengguna epembayaran yang bertuah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, Puan Anis Rizana Mohd Zainudin; Ketua Pengarah Imigresen Datuk

Indera Khairul Dzaimee Daud; Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan, Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir; dan Pengarah Stakeholders Engagements, PayNet Encik Firdaus Ghani.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image