the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Covid-19: Satu kematian direkodkan pada ME24, pertama tahun ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) yang merupakan kes kematian pertama tahun ini.

Menurut KKM, kes tersebut melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua.

“Situasi ini melibatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian COVID-19 pada 2024. Kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024. Ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM,“ menurut kenyataan itu di sini hari ini.

KKM memaklumkan kes COVID-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.

Menurut kementerian itu situasi semasa COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan, hasil pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam yang berkesan.

KKM memaklumkan sebanyak 21,738 kes COVID-19 dilaporkan secara kumulatif sehingga ME24 dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.

Pada ME24, sebanyak enam kes COVID-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi iaitu golongan rentan dengan penyakit sedia ada seperti hipertensi, diabetes, dislipidemia, penyakit jantung dan sindrom down.

“Kesemua kes telah menerima rawatan rapi dengan pemantauan profesional kesihatan dan dibenarkan keluar dari ICU iaitu empat kes dibenarkan pulang ke rumah dan dua lagi dipindahkan ke wad biasa,“ menurut kenyataan itu.

KKM turut menyeru rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan vaksinasi mengikut keperluan sempena Program Imunisasi Kebangsaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories