the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dadah bernilai lebih RM4 juta ditemukan dalam kereta di Gerik

IPOH: Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4, 667, 850 dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik pada 6 Jun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata laporan berhubung penemuan dadah dalam kereta Honda HRV itu diterima melalui aduan awam kira-kira 1 pagi.

“Penemuan kedua-dua jenis dadah ini juga antara rampasan terbesar yang dilakukan polis Perak pada tahun ini.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan 80 peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 82.8kg serta 39 peket lutsinar dadah jenis ketamin seberat 40.4kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Noor Hisam bagaimanapun berkata polis tidak menemukan pemandu atau penumpang, dan kereta itu didapati kereta klon berdasarkan pemeriksaan nombor enjin.

Beliau berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan bagi kegunaan dianggarkan 350,000 penagih.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories