the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan pemandu pengangkutan awam boleh didenda bawa pendatang asing adalah palsu

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia menafikan dakwaan tular menerusi media sosial kononnya pemandu kenderaan awam yang membawa pendatang tanpa izin boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata jabatan itu sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang dibawa mereka.

“Bagaimanapun, jika didapati mereka (pemandu) dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan akta, barulah mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan itu tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu Roslin menegaskan bahawa notis yang tular iaitu tindakan boleh diambil terhadap pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah, adalah palsu dan dipercayai dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang belum tentu kesahihannya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings