the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Dzulkefly zahirkan komitmen tangani masalah profesion jururawat

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.

Beliau berkata kerjaya jururawat adalah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat.

“Selaku Menteri Kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang masih belum tuntas diselesaikan.

“Saya komited untuk tangani semua ini… berikan saya sedikit waktu,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan ulang tahun kelahiran Florence Nightingale hari ini.

Dr Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan di Malaysia khususnya di Kementerian Kesihatan dan berharap supaya mereka terus maju serta berjaya dalam menjalankan amanah mulia itu.

Menerusi hantaran berasingan, beliau merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ibu khususnya untuk golongan itu dalam kalangan doktor, jururawat dan petugas kesihatan.

“Anda bukan sahaja menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang malah menjaga kesihatan seluruh rakyat Malaysia dengan penuh kesabaran. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati seluruh kaum ibu, diberikan mereka kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings