the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua anggota polis tertimbus ketika musnah bom, dalam keadaan stabil

KLUANG: Dua anggota polis dari Unit Pemusnah Bom yang cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak di sini semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kedua-dua anggota itu yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah dipindahkan ke wad biasa.

Beliau berkata Koperal Abdul Halim Zainal, 39, dilaporkan patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri, manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang peha dan tulang rusuk sebelah kiri.

Bahrin berkata dalam kejadian pada 2.20 petang itu, kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkenaan dalam penugasan memusnah bom lama jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang ditemui orang awam di lokasi kejadian.

“Namun, ketika kerja-kerja memusnah bom dijalankan, berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tertimbus dan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja memusnah bom lama berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings