the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditemukan lemas

KOTA BHARU: Dua lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di dua lokasi berasingan iaitu di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan Kampung Kutan Sungai, Tumpat, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim Ahmad Fakaruddin Berahim berkata mangsa Saidi Che Hassan, 51, dijumpai pada 12.15 tengah hari oleh penduduk kampung, manakala Mohd Shafiq Razali, 28, pula ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada pukul 5.49 petang tadi.

“Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk proses bedah siasat,“ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam kejadian semalam dua lelaki dikhuatiri lemas dengan kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai terjatuh dari jambatan manakala seorang lagi lelaki berusia 51 tahun hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings