• 2025-08-09 10:39 AM

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan empat lelaki Bangladesh semalam atas kegiatan disyaki sebagai ‘ulat’ emas dan telefon pintar.

Rampasan keseluruhan bernilai RM187,742.10 termasuk barang kemas, telefon pintar, wang tunai dan pasport.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penahanan dibuat hasil kerjasama dengan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

Tiga suspek melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Seorang lagi disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.

Semua suspek diserahkan kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut dan tindakan pendakwaan.

“Operasi ini membuktikan keberkesanan kerjasama pasukan keselamatan di pintu masuk negara,“ menurut kenyataan AKPS. - Bernama