the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina cadang program GADIS diperluas tingkat potensi pelajar perempuan

KOTA KINABALU: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mencadangkan agar Program Citra Gadis Unggul (GADIS) diperluas ke seluruh negara sebagai agenda penting bagi meningkatkan potensi pelajar perempuan.

Beliau menekankan bahawa pendayaan perlu diterapkan dari peringkat awal supaya pelajar perempuan dapat berkembang menjadi insan holistik dan cemerlang.

“Itu antara tumpuan utama kami pada waktu ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan mengenai hak mereka mendapat peluang pendidikan terbaik dan mencapai impian dalam kehidupan.

“Pengalaman menjadi aktivis bertahun-tahun, kini saya membawa pendayaan GADIS sebagai agenda penting. Hanya pendidikan sahaja yang boleh mengubah masa hadapan anak-anak kita,“ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina menghadiri program GADIS yang dianjurkan bersama rakan strategik Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Salaping, Kota Marudu.

Beliau turut menyertai sesi pendidikan mengenai kesihatan reproduktif dan kesihatan mental untuk pelajar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

T7 Global strengthens leadership with key appointments

T7 Global Bhd has announced a leadership reshuffle, with Tan Kay Zhuin redesignated as executive director and industry veteran Azman Yakim appointed as the new group CEO. The transition marks the group’s next phase of growth, building on Tan’s contributions in expanding its energy and industrial solutions divisions and Azman’s extensive experience in operational management across the oil and gas value chain.
spot_img

Popular Categories