the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GST belum sesuai dilaksana ketika ini, beri kesan kepada orang miskin – PM Anwar

LUMUT: Kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerana ia akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata GST merupakan cukai menyeluruh yang akan dikenakan secara sama rata kepada semua pengguna tanpa mengira pendapatan termasuk nelayan, pekebun kecil atau tukang cuci jalan.

“GST ini anda kenakan cukai pada semua orang…walaupun ia efisien, lebih mudah tak payah pening-pening kepala, senang saja enam peratus semua bayar. Tapi saya nak tanya, kalau enam peratus itu semua kena bayar, mengapa orang miskin, orang menganggur kena bayar?”, kata beliau pada Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di sini, hari ini.

Anwar berkata walaupun ada cadangan daripada pembangkang yang mengatakan bahawa GST lebih baik, kerajaan ketika ini mengambil pendirian untuk menangguhkannya kerana tidak mahu membebankan rakyat yang masih berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.

“Sebab itu kita kata belum bersedia GST ini. Kalau esok ekonomi kita dah meningkat, gaji minima semua RM4,000 ke atas, cukailah GST pun. Jadi saya minta tangguh ini (GST), (jangan) dibuat jadi bahan politik,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings