the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hakisan Pantai Batu Feringghi: Peruntukan RM250,000 pasang beg pasir baharu

GEORGE TOWN: Sejumlah beg pasir baharu akan ditempatkan di pesisir pantai Batu Feringghi sebagai penyelesaian jangka pendek terhadap masalah hakisan yang berlaku di kawasan tumpuan pelancong itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata peruntukan sebanyak RM250,000 telah diluluskan oleh kerajaan pusat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pemasangan beg-beg pasir berkenaan.

Beliau berkata pihaknya maklum mengenai situasi yang berlaku di kawasan tersebut dan tindakan sedang diambil bagi mengatasinya.

“Sebagai langkah pemulihan jangka masa pendek, kerajaan negeri telah memohon peruntukan kecemasan daripada kerajaan pusat dan telah diluluskan sebanyak RM250,000 bagi pemasangan beg-beg pasir di kawasan terjejas dengan hakisan.

“Kita kini dalam proses perolehan (beg-beg pasir) dan kerja-kerja pemasangan dijangka akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Pada 2 April lepas Bernama melaporkan Batu Ferringhi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Pulau Pinang dilanda masalah hakisan yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini, sekali gus memberi kesan buruk kepada keindahan kawasan itu.

Lebih menyedihkan apabila beg-beg pasir yang digunakan sebagai benteng pemecah ombak kini berselerak di sepanjang pesisir pantai.

Tinjauan mendapati hakisan pantai semakin meruncing di beberapa kawasan berhampiran hotel-hotel terkemuka dan menjejaskan pengalaman percutian pelancong yang datang berkunjung serta berisiko.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings