the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden hilang kerosin, enam ditahan termasuk tiga anggota polis

SHAH ALAM: Enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kehilangan bahan api itu pada 15 Julai.

Beliau berkata susulan laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah.

“Siasatan yang dijalankan membawa kepada siri tangkapan ke atas enam lelaki berumur antara 31 dan 55 tahun sehari kemudian.

“Pihak polis mengesahkan tiga daripada enam tangkapan merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di Pangkalan Udara Semenanjung PDRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata kesemua suspek direman antara dua hingga tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings