SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan enam individu berhubung siasatan program motivasi rumah tangga eHati yang diadakan pada September 2024.
Mereka disyaki melanggar beberapa peruntukan undang-undang syariah.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kesemua individu berumur 26 hingga 47 tahun itu ditahan pada 18 Julai lepas.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 melibatkan Seksyen 7, 8, 10, dan 16,“ jelasnya.
Siasatan merangkumi rakaman percakapan 38 saksi dan pengenalpastian 282 peserta program.
Tiga buku dan tiga VCD turut dirampas untuk semakan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Ketua Polis Selangor sebelum ini mengesahkan adanya adegan tidak senonoh dalam segmen ‘Queens Night’ program tersebut.
Enam individu termasuk pengasas eHati telah direman bagi membantu siasatan. – Bernama