the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM patah cubaan seludup bunga ganja bernilai RM3.5 juta ke Eropah

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup lebih 36 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3,567,595 ke Eropah dengan menggunakan perkhidmatan pos, pada 2 April lepas.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata dadah itu dikesan hasil imbasan ke atas beberapa bungkusan mencurigakan di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

“Modus operandi pihak terlibat ialah membuat ikrar tidak benar dalam borang bil udara dengan menyatakan barangan itu sebagai buku, pakaian dan alat permainan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil penilaian fizikal mendapati kandungan bungkusan itu tidak sepadan dengan maklumat dinyatakan dalam borang bil udara, sekali gus mengesahkan keraguan pihak kami,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kastam Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Taufik berkata alamat penghantar yang digunakan adalah tidak lengkap atau merujuk kepada premis tidak berkaitan antaranya di Pulau Pinang, Kuantan dan Lembah Klang.

“Dadah itu dipercayai untuk dihantar ke beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom. Kami percaya sumber dadah juga dari luar negara berdasarkan rekod sebelum ini,” katanya

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan JKDM bekerjasama dengan polis bagi mengesan rangkaian sindiket terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings