the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kekecewaan di Qatar batu loncatan Harimau Malaya menuju kejayaan

DOHA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak berhenti menuding jari dan melihat prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala Asia 2023 dari sudut yang positif.

Hamidin berkata menjadi lumrah dalam bola sepak ada kalanya pasukan terpaksa menelan kepahitan mengalami kekalahan, dan kekecewaan dialami itu perlu diurus dengan baik untuk bangkit lebih cemerlang.

“Dalam bola sepak bukan boleh menang sepanjang masa, ada masa kita kalah dan kita perlu bangkit balik. Apabila kalah ia menjadi satu pengalaman dan kita perlu bangkit balik, kita kena kerja (lebih) kuat. Saya bagi tahu semua pemain dan Kim Pan Gon, apabila kalah jangan salahkan siapa-siapa.

“Dalam bola sepak bila kalah pasti ada kelemahan tapi kita lihat secara keseluruhan… media, penyokong perlu beri sokongan untuk pasukan jadi kuat balik. Ini bukan pasukan saya, pasukan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media rangkuman prestasi skuad Harimau Malaya di sini.

Hamidin turut menjadikan dua gergasi Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan yang masing-masing turut mengalami kekalahan serta hampir ditewaskan pada kempen kali ini sebagai contoh bagi menyokong kenyataan beliau.

Pada masa sama, Hamidin tidak menganggap penampilan pasukan negara pada Piala Asia kali ini sebagai kegagalan apabila menamatkan saingan Kumpulan E di posisi paling bawah dengan mengumpul satu mata sekali gus tidak layak ke pusingan 16 terbaik.

“Saya tak katakan ini satu kegagalan, kita (kembali) berada di pentas ini setelah sekian lama dan banyak pengalaman yang pasukan dapat belajar di sini dan para pemain pun sedar kita perlu terus perbaiki mutu permainan,” katanya.

Pada Piala Asia 2023 di sini, Malaysia mengalami kekalahan masing-masing 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain sebelum menampilkan persembahan menakjubkan dengan mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan.

Dalam pada itu, beliau berkata pascanilai akan dilakukan bagi melihat secara mendalam berkaitan kelemahan dan aspek penambahbaikan bagi memastikan pasukan negara berada pada tahap terbaik sebelum menyambung kempen pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Mac ini.

Hamidin berkata FAM dan Pan Gon telah berbincang untuk menghantar pasukan menjalani kem latihan pusat bersama beberapa siri aksi persahabatan sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan antara pilihan lokasi adalah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata ia sebagai usaha memastikan kecergasan pemain negara berada pada tahap terbaik memandangkan mereka terpaksa menunggu hingga Mei depan apabila saingan Liga Malaysia kembali berlangsung untuk beraksi secara kompetitif.

“Sekarang kita sudah ada enam mata daripada dua perlawanan dan ada lagi baki empat perlawanan, jadi kita tak boleh terlepas peluang untuk mencipta sejarah ke pusingan ketiga (kelayakan Piala Dunia 2026) dan menjadi 18 pasukan menempah tiket awal ke Arab Saudi (Piala Asia 2027).

“Persiapan untuk perlawanan Mac ini sangat penting, mereka tengah berusaha untuk dapatkan perlawanan di Malaysia ataupun di luar sebelum ke Oman,” kata Hamidin.

Malaysia ketika ini berada di landasan tepat untuk layak buat kali pertama ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan pasukan negara kini mendahului saingan Kumpulan D dengan enam mata selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0, November lepas.

Pasukan negara dijadualkan bertemu Oman di Muscat pada 21 Mac dan menjadi tuan rumah kepada pasukan itu pada 26 Mac, diikuti Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum menjadi tuan rumah kepada Taiwan pada 11 Jun.

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa masih wujud ‘tangan ghaib’ yang mengganggu-gugat pasukan negara terutama pada kempen Piala Asia di sini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings