the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan kerja Johari ke Melaka bincang urusan perjalanan persidangan legislatif

MELAKA: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini memulakan program lawatan kerja sehari ke Pusat Pentadbiran Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen dalam kenyataan memaklumkan program lawatan kerja itu dilaksanakan bagi membincangkan urusan perjalanan persidangan legislatif yang akan menjadi isi utama Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 pada September ini.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum di Wisma Negeri.

“Pertemuan pemimpin eksekutif dan legislatif ini telah membincangkan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan DUN Melaka tentang ketatanegaraan, pembangunan kepimpinan belia, perkembangan serta pembangunan ekonomi Melaka, penaiktarafan kemahiran serta kecekapan tenaga kerja melalui latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),“ menurut kenyataan itu.

Hadir sama Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Muhammad Zamani Mohd Ali, Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, delegasi Parlimen dan wakil DUN Melaka.

Kenyataan itu memaklumkan susulan kunjungan itu, Johari yang diiringi delegasi Parlimen juga mengadakan lawatan kebudayaan ke Pameran Hang Tuah yang bertemakan “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Tuah” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Menurut kenyataan itu, Johari akan meneruskan lawatan kerja beliau ke DUN Negeri Sembilan pada esok untuk bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun dan Speaker Datuk M K Ibrahim Abd Rahman di Wisma Negeri, Seremban.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3 faces challenge in car-dependent Shah Alam: Expert

Many potential passengers live too far from LRT3 stations to walk comfortably, while weak feeder bus coverage, limited pedestrian links and underdeveloped cycling networks could restrict accessibility.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings