• 2025-07-17 02:20 PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 11 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 15.0 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 420 kilometer ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Menurut kenyataan itu, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,434 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia - BERNAMA