the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MAINJ tambah baik Skim Bantuan Bina Baharu, Baik Pulih Rumah asnaf

ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah melaksanakan penambahbaikan Skim Bantuan Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah bagi membantu golongan asnaf di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata penambahbaikan itu meliputi penambahan peruntukan kos bina baharu rumah kepada RM96,000 daripada RM78,000 dan penambahan kos baik pulih rumah kepada RM20,000 daripada RM18,000.

“Objektif skim ini adalah untuk memberi tempat tinggal yang selesa dan selamat kepada asnaf, meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah mengikut had kifayah dan mengurangkan beban kewangan berkaitan tempat tinggal,” katanya pada persidangan berkenaan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) yang ingin tahu peranan MAINJ dalam membantu umat Islam yang tidak memiliki rumah melalui skim bantuan perumahan dan baik pulih rumah.

Mohd Fared berkata Skim Bantuan Bina Baharu dan Bantuan Baik Pulih Rumah mula diperkenalkan sejak 2009.

“Dari 2009 hingga 2023, sebanyak 1,125 rumah telah dibaik pulih dengan kos RM14.79 juta manakala 1,286 bina baharu rumah dengan kos RM50.39 juta,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories