• 2025-10-19 11:01 AM

BUKIT MERTAJAM: Mayat dua beranak yang dipercayai dibunuh telah ditemui di sebuah rumah di Juru.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian itu kepada Bernama.

Beliau memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah sekitar pukul 7.30 malam.

Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

Siasatan termasuk menentukan sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya.

Pasukan forensik masih berada di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat wanita berusia lingkungan 50-an ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah.

Anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemui di tingkat atas kediaman tersebut. – Bernama