the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka sasar satu juta pelancong China ke Melaka sempena TMM 2024

MELAKA: Melaka menyasarkan kedatangan kira-kira satu juta pelancong dari China termasuk yang menginap di Melaka sekurang-kurangnya tiga malam, sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan kata pada tahun lepas jumlah pelancong China ke Melaka adalah sebanyak 204,818 orang daripada keseluruhan 8.63 juta pelancong.

“Sebelum ini, kebanyakan pelancong dari China hanya berkunjung ke Melaka dan tidak menginap namun sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat mereka sudah mula menginap di hotel-hotel yang terdapat di negeri ini.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan berlaku perubahan daripada aspek penerimaan pelancong China menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan mereka,“ katanya kepada pemberita di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menyambut Ketibaan Kapal Layar Tradisional Cina ‘Fu Ning’ Terbesar di Dunia ke Melaka.

Turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa’ari Basiron.

Zaidi berkata sasaran satu juta pelancong dari China ke Melaka itu diyakini dapat dicapai menerusi pelbagai usaha dan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya kerjasama dengan anak syarikat kumpulan media berpengaruh di China, Golden Eagle Broadcasting System (GBS) iaitu Mango Media Sdn Bhd.

Kerjasama itu katanya bagi mempromosikan dan menarik kunjungan pelancong dari pelbagai wilayah republik itu.

Terdahulu, beliau berkata persinggahan kapal ‘Fu Ning’ yang membawa sembilan krew dan 12 penumpang di Pelabuhan Tanjung Bruas selama tujuh hari bermula hari ini, membuktikan hubungan rapat kerajaan Malaysia khususnya Melaka dengan China sejak dahulu.

Katanya, ketibaan kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar dan mempunyai ketinggian tiang utama 29m itu secara tidak langsung membantu Melaka mempromosikan struktur perkapalan selain struktur bangunan bersejarah yang terdapat di negeri itu sempena TMM 2024.

“Persinggahan kapal berkenaan sangat signifikan kepada Melaka terutama sempena TMM 2024 dan secara tidak langsung hubungan diplomatik antara Melaka dan China dapat diperkasakan terutama bagi menarik kedatangan pelancongan selain sektor pelaburan dan teknologi,“ katanya.

Pembinaan kapal itu merupakan aspirasi pemilik kapal berkenaan Lin Chang Jiu, pengasas Fujian Hezhou Fuchuan Cultural Industry Development Co, sebagai penghormatan kepada pencapaian Laksamana Cheng Ho dan bagi menjejaki semula laluan nakhoda legenda itu di sepanjang Jalan Sutera Maritim.

Fu Ning, yang memulakan pelayaran dari Huangpu di Guangzhou, China, pada 31 Jan lepas, sebelum ini berlabuh di One15 Marina, Sentosa Cove, Singapura, sempena Festival Kapal Layar Singapura sebelum berlabuh di Melaka hari ini dan boleh membawa 42 orang pada satu-satu masa.

Hasil gabungan ketukangan tradisional dan teknologi moden, kapal yang diperbuat daripada kayu jati dan kayu ros itu mempunyai bank kuasa atas kapal berkapasiti 300 kilowatt jam.

Bank kuasa itu dibangunkan oleh pengeluar bateri China CATL yang mampu menyokong keperluan elektrik kapal selama satu bulan dengan sekali cas.

Kapal tersebut dibina oleh Fujian Hezhou Fuchuan Cultural Industry Development Co. yang diasaskan oleh Lin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings