the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan suami isteri direman tiga hari dalam kes program motivasi rumah tangga

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga antara enam individu yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penganjuran program dengan pengisian didakwa tidak bermoral. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis di sini hari ini.

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 47 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. Ketua Polis Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pasangan itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili pasangan tersebut turut mengesahkan penahanan itu. Pada 14 Julai lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menyatakan pihaknya akan memanggil semua peserta program bagi membantu siasatan selepas menerima laporan berkenaan kandungan program yang didakwa menyimpang daripada norma masyarakat.

Siasatan dijalankan berikutan laporan awal yang membuka kertas enkuiri polis (KEP). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings