the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelabuhan ditambah baik, jadikan Malaysia ‘homeport’ kapal persiaran

PUTRAJAYA: Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di pelabuhan sedia ada giat dijalankan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai ‘homeport’ atau pangkalan kapal persiaran.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk penambahan kapasiti di Port Klang Cruise Terminal agar dapat menampung lebih banyak kapal persiaran dan mengindahkan kawasan sekeliling di Swettenham Pier Cruise Terminal Pulau Pinang.

Loke berkata pelabuhan sedia seperti di Langkawi, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching meskipun belum mempunyai infrastruktur kapal persiaran, mampu menampung kapal persiaran sekiranya penambahbaikan dilakukan.

“Sektor kapal persiaran Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh selepas COVID-19. Malaysia menerima 1,055 kapal persiaran pada 2023 yang membawa 1.5 juta pelancong. Ini menandakan peningkatan 85 peratus dalam ketibaan kapal persiaran berbanding 2019,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pelayaran Persiaran Malaysia (MCC), di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Loke berkata usaha menarik lebih banyak kapal persiaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan memberikan limpahan ekonomi memandangkan lebih ramai pengembara akan melalui lapangan terbang, menginap dan berbelanja di sini.

Justeru, beliau menyeru kerajaan negeri yang berpotensi menerima kapal persiaran agar mempromosikan kawasan masing-masing.

Loke berkata untuk mempercepatkan pertumbuhan industri kapal persiaran di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata antara lain, peranan jawatankuasa itu adalah memacu dan memudah cara pergerakan penumpang dan singgahan kapal persiaran agar lebih cepat dan efektif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings