the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengarah MBDK didakwa terima suapan RM3,500

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas.

Pengakuan Nor Hasyimah Tamziz, 50, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Tertuduh didakwa menerima wang itu daripada seorang kontraktor berusia 54 tahun yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya di sebuah bank di Klang, dekat sini pada 9 Mei 2019.

Nor Hasyimah didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam V. Ayasamy merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 kerana tertuduh menanggung empat anak.

Hakim membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport ke makamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai, selain menetapkan 5 Mei ini sebagai sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories