the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penulis skrip, pengarah drama pentas Zakaria Ariffin meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Penulis skrip, pelakon dan pengarah drama pentas Zakaria Ariffin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 73 tahun akibat serangan strok.

Berita pemergian Allahyarham disahkan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Dr Mohamad Saleeh Rahamad ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Zakaria dikejarkan ke Hospital Slim River, Perak pada 9 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri ketika berada di kediamannya di Diamond Creek, Tanjung Malim.

“Semasa menerima rawatan di hospital itu, Allahyarham disahkan oleh doktor mengalami serangan major stroke, iaitu pembuluh darah pecah dan darah beku dalam kepala, sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.40 pagi tadi,” katanya.

Mohamad Saleeh berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Sekiah, Behrang Ulu pagi ini selepas selesai urusan mandi dan solat jenazah.

Zakaria yang juga penerima SEA Write Award (Malaysia) 2001 mula terlibat dalam dunia teater sewaktu menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan kemudian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kemudian di Akademi Seni Kebangsaan (kini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) sebagai pensyarah seterusnya dilantik sebagai dekan.

Allahyarham turut menghasilkan beberapa skrip drama televisyen dan telefilem selain cukup berwibawa sebagai panel penilai dan juri bagi beberapa sayembara dan pertandingan anjuran kerajaan dan swasta, selain menghasilkan beberapa rencana dan kertas kerja yang disampaikan di seminar luar negara.

Pada 2008, Allahyarham menerima Anugerah Seni Negara bagi kategori Seni Teater (Penulis Skrip).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings