KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan lencongan di laluan antara Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir-Tangkak di KM166.79 hingga KM168.26 kedua-dua arah di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 5 Ogos hingga 30 Disember ini.
Menurut kenyataan PLUS, lencongan berkenaan diaktifkan secara berperingkat bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) melintasi lebuh raya itu.
“Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh berkenaan.
“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu hari ini.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik dan Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi PLUSLine melalui talian 1800-88-0000 untuk sebarang bantuan kecemasan - BERNAMA