the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar umum peruntukan beberapa projek demi kesejahteraan warga TLDM Lumut

LUMUT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan untuk beberapa projek di Pangkalan Tentera Laut Malaysia (TLDM) Lumut yang diluluskan tahun ini, demi kesejahteraan warga pasukan keselamatan.

Beliau berkata sebanyak RM65 juta diperuntukkan bagi pembinaan sebuah kompleks klinik pakar dan naik taraf Hospital Angkatan Tentera (ATM), di pangkalan itu.

Turut diluluskan ialah projek naik taraf sistem agihan bekalan voltan tinggi (33kV) dengan peruntukan RM100 juta, penggantian tangki operasi Bulk Fuel Installation (BFI) dengan peruntukan RM23.3 juta dan naik taraf jeti operasi Tambatan Pangkalan Lumut dengan peruntukan RM66.5 juta.

“Yang ini (kompleks klinik pakar dan menaik taraf Hospital ATM Lumut) saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri yang ada di sini, supaya segera dilaksanakan. Peruntukan telah kita luluskan, juga tambah baik lain yang kita buat untuk kesejahteraan warga TLDM,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada Program Kenduri Rakyat Menyantuni Warga TLDM Lumut sempena Program MADANI Rakyat 2025 Perak, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Panglima Tentera Laut Datuk Zulhelmy Ithnain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings