the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Pakistan, presiden Turkiye bincang pencerobohan Israel terhadap Iran

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, mengadakan perbualan telefon pada Sabtu bagi membincangkan situasi genting di rantau itu selepas tindakan agresif Israel terhadap Iran yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Shehbaz berkata beliau mengulangi komitmen Pakistan terhadap keamanan dan diplomasi pelbagai hala, termasuk menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menurut hantaran di platform X oleh Shehbaz, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa serangan Israel merupakan ancaman kepada keamanan serantau.

Pejabat Presiden Turkiye dalam satu kenyataan berkata, Erdogan menyifatkan serangan Israel ke atas Iran sebagai tidak boleh diterima dan menegaskan tindakan itu akan “menjejaskan usaha perdamaian berkaitan program nuklear Iran”.

“Presiden Erdogan turut menyatakan bahawa sikap membisu terhadap penjajahan dan pembunuhan beramai-ramai di Palestin telah mendorong Israel bertindak sejauh ini.

Oleh itu, penting untuk tidak membiarkan Israel menenggelamkan isu genosid di Gaza melalui serangan ini,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin juga mengadakan perbualan berasingan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada hari yang sama.

Shehbaz menyatakan solidariti Pakistan bersama rakyat Iran dalam menghadapi pencerobohan Israel dan mengecam pencabulan kedaulatan serta integriti wilayah Iran.

“Iran berhak mempertahankan diri berdasarkan Perkara 51 Piagam PBB,” katanya.

Menurut laporan agensi berita rasmi Iran (IRNA), Pezeshkian menghargai pendirian Pakistan semasa taklimat Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat dan memberi amaran bahawa Iran akan memberi tindak balas lebih tegas sekiranya Israel meneruskan serangannya.

Presiden Iran itu juga mengkritik sikap berat sebelah Barat dan sokongan mereka terhadap rejim Israel dalam perbualannya dengan perdana menteri Pakistan.

Pusingan keenam rundingan antara pegawai Iran dan Amerika Syarikat yang dijadualkan pada Ahad telah dibatalkan.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi dipetik IRNA sebagai berkata: “Meneruskan rundingan antara Iran dan AS ketika rejim Zionis terus melakukan kekejaman adalah sesuatu yang tidak wajar.”

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinFast announces special incentives for new electric motorcycle showrooms in Indonesia and the Philippines,...

MANILA/JAKARTA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – VinFast has announced a special incentive package of up to US$60,000 for each new electric motorcycle showroom opened by its dealer partners in the Philippines and Indonesia.

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img